berita

Jaring Gol Pertama Di Belgium, Luqman Hakim Raih Pujian Netizen

September 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim, berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi anak watan pertama yang bermain dengan kelab utama di Belgium.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sangat Gembira Berada Di Sini!’ – Impian Tercapai, Luqman Hakim Harumkan Malaysia

Luqman, berjaya mendapat kontrak bersama pasukan divisyen utama Belgium selama 5 tahun untuk bermain dengan pasukan Kv Kortijk bermula Mac lalu . Terkini, beliau berjaya menjaringkan gol buat pasukannya ketika perlawanan persahabatan semalam.

Berjaya jaringkan gol

Video yang dikongsi oleh kelab Kv Kortrijk menunjukkan Luqman berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan persahabatan dengan kelab yang lain. Menerusi tweet yang dikongsi, ia merupakan gol pertamanya dalam aksi pertama beliau menentang pasukan lawan.

Kelab tersebut turut memuji Luqman, walaupun ini merupakan kemunculan pertama beliau dalam kelab tersebut tetapi sudah menunjukkan prestasi yang cemerlang sekali gus membawa kejayaan kepada kelab tersebut.

Video yang dikongsi oleh kelab Kv Kortrijk yang berdurasi 1 minit 30 saat itu telah mendapat 3.3k retweet, 4.6k like dan respons yang positif dari rakyat Malaysia.

Netizen turut bangga

Netizen juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Luqman dan memberi kata-kata semangat buat Luqman untuk mengekalkan prestasi yang sedia ada.

Luqman turut menyatakan bahawa beliau berasa gembira kerana berjaya menjaringkan gol untuk perlawanan pertamanya. Beliau turut berbesar hati kerana mendapat ahli pasukan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadanya.

Sumber: Kv Kortrijk & Berita Harian

SKIP THIS AD ×