berita

‘Lututnya Membengkak & Kemerahan Bagaikan Dipanggang’ – Bahaya Ikut Petua Kesihatan Dari Group Whatsapp

March 29th, 2019 | by Azizi Rahman
Kesihatan & Hidup Aktif

Sering kali terbaca petua-petua kesihatan dari group Whatsapp yang disebarkan secara berleluasa. Bukti keberkesanan petua tersebut tidak diketahui sama ada ianya sahih atau tidak. Setiap petua yang disebarkan kadang kala mempunyai kesan sampingan. Menerusi Facebook Public Health Malaysia menceritakan bahaya mempercayai petua yang disebarkan melalui Whatsapp berkenaan penyakit septic arthritis yang dihidapi pesakit kencing manis.

Bahana petua Whatsapp

Septic arthritis bahana petua Whatsapp!

Seorang pesakit datang ke jabatan kecemasan dengan masalah lutut bengkak.

Puan M, yang merupakan penghidap kencing manis kronik mengadu mengalami sakit lutut dan bengkak selepas mencuba petua yang dikongsi di dalam group WhatsApp.

Sebelum ini , sudah puas beliau mengurut dan mengambil supplement untuk mengurangkan kesakitan lututnya. Akhirnya dia mencuba petua yang dikongsikan oleh rakan-rakannya tersebut.

Menurut petua tersebut, lutut perlu di balut dengan campuran halia, bawang putih dan garam selama 6 jam.

Bengkak dan merah seperti dipanggang

 

Pada awalnya, memang telah mula terasa panas dan pedih. Sangka beliau, ini mungkin kesan awal dan akan beransur baik selepas ini. Selepas beberapa jam, bahang di tempat balutan semakin membisa. Terasa lutut mula berdenyut denyut.

Setelah balutan dibuka, lututnya membengkak dan kemerahan bagaikan dipanggang. Ada gelembung air bagaikan kulit yang melecet serta melepuh. Di tambah dengan kesan garam, bayangkan memang perit!

Xray di lakukan. Di dapati ada gelembung udara didalam sendi lutut. Ujian darah menunjukkan tanda tanda jangkitan.

Gelembung udara itu adalah pengumpulan cecair nanah di sendi otot. Bahan bahan yang di gunakan untuk membalut lutut terlalu “panas” dan menyebabban radang bertambah teruk.

Doktor mengesahkan puan m menghidap Septic Arthritis. Air nanah perlu di bersihkan di dalam dewan pembedahan. Antibiotik perlu di berikan selama beberapa hari.

Rujuk pakar perubatan sebelum mencuba petua

  • Berhati-hati jika ingin mencuba apa jua petua terutamanya yang disebarkan melalui media sosial yang tidak diketahui kesahihannya.
  • ahan digunakan adalah bersumberkan semula jadi namun begitu orang ramai tetap perlu berhati-hati. The dose makes the poison!
  • Bagi golongan tua terutamanya yang berpenyakit kronik, dapatkan dahulu nasihat doktor dan profesional kesihatan kerana bimbang petua yang dicuba menjadikan keadaan semaki teruk.
  • Rujuk profesional kesihatan untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.

Sumber: Public Health Malaysia

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×