Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menerusi perkongsian terbaru di Facebook miliknya menegur tindakan usahawan popular yang menghasilkan video raya kontroversi. Jelas Ustazah Asma, dia pelik mengapa video raya tersebut boleh ‘terlepas’ dan ditayangkan kepada umum.
Artikel Berkaitan: Menteri Hal Ehwal Agama Rujuk Video Raya Aliff Syukri Kepada JAKIM, Nasihat Padam Semua
Viral bukan ukuran tindakan itu diberkati
Tambah Ustazah Asma, ketika umat Islam memanfaatkan waktu-waktu terakhir Ramadan untuk memohon keampunan dan rahmat Allah SWT, isu sebegini pula dinaikkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Inilah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama mereka yang inginkan pengaruh dan seumpamanya. Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, berbangga menjadi trending #1 walaupun dengan cara yang bertentangan dengan agama.
Dulu pernah ditegur, diberi nasihat dan sebagainya, namun masih berulang hal yang sama tanpa ada secebis pun rasa sesal.r
Tambahnya lagi, kerana mahu nama menjadi no.1 di dunia sementara, individu tersebut sanggup mengadaikan harga dan maruah diri sebagai seorang lelaki Muslim. Ianya sengaja dilakukan secara terbuka atas tujuan ‘marketing’.
Jangan sampai langgar batasan agama
Foto: Ustazah Asma’ Harun
Menerusi hantaran di laman Facebook Ustazah Asma’ Harun itu juga, beliau kesal kerana budaya yang dilarang oleh Allah diangkat menerusi video tersebut.
Bukan maksud hendak merendahkan golongan lelaki lembut, tetapi jangan sekali-kali mengangkat budaya yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan.
Video ini terang-terangan menampilkan penari iringan yang solekannya seperti wanita, maaf ia sungguh memalukan!
Sumber: Ustazah Asma’ Harun