berita

‘Maaf…’ – Instafamous Harris Annuar Positif Covid-19, Minta Kontak Rapat Buat Saringan

January 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pelakon dan bekas peserta rancangan realiti Hero Remaja iaitu Harris Annuar telah mengesahkan dirinya kini dijangkiti Covid-19. Berita mengejutkan itu diumumkan oleh Harris menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

‘Maaf atas segala kesulitan’

Untuk masa sekarang ni Harris sedang self quarantine di rumah seperti yang disarankan oleh pihak KKM. Jadi sapa sapa yang contact rapat dengan Harris selama 2 minggu yang terakhir boleh pergi untuk menjalani ujian Covid-19 di klinik yang berdekatan.

Menerusi perkongsian Harris Annuar, pada 3 Januari 2021 (semalam), dia telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang pertama dan keputusannya adalah positif. Susulan daripada itu, difahamkan bahawa Harris akan menjalani ujian saringan buat kali kedua pada hari ini.

Sementara itu, Harris memaklumkan dia kini sedang menjalani kuarantin diri dan masih menunggu panggilan dari pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Malah, Harris sempat memaklumkan kepada orang ramai yang pernah berjumpa atau mempunyai kontak rapat dengannya supaya melakukan ujian saringan Covid-19.

‘Get well soon’

Semoga Allah permudahkan

Sumber: Harris Annuar

SKIP THIS AD ×