Penyanyi Syada Amzah memohon maaf kepada ibunya, Fauziah Sarman susulan perbalahan yang sedang berlaku antara dia dengan adik beradiknya yang lain.
Artikel Berkaitan: Kerja Sejak 10 Tahun, Kahwin Atas Pilihan Keluarga & Tanggung Hutang Ratusan Ribu’ – Ubai Kongsi Liku Hidup Shila Amzah
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Aku Takut Ke Kau Nak Sepak Muka Aku Lagi?’ – Shila Amzah ‘Meletup’ Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah
‘Maafkan kami mak’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Syada turut mendoakan ibunya diberikan kekuatan dan ketenagan dengan apa yang berlaku ketika ini.
Malah, Syada turut berjanji untuk menjaga ibunya sebaik mungkin selagi nyawanya dikandung badan.
Semoga mak diberikan kekuatan dan ketenangan. Maafkan kami adik beradik berbalah dan mak tak hina macam mana mak dicaci.
Mak dah buat yang terbaik mendidik kami. Adah sayang mak. Insya-Allah selagi nyawa ada, segala daya saya akan jaga mak.
Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.
Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.
Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.
Sumber: Instagram