berita

‘Maafkan Saya’ – Pasangan Song Hye Kyo dan Song Joon Ki Bakal Berpisah

June 27th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan selebriti Korea yang terkenal iaitu Song Hye Kyo dan Song Joon Ki, mengambil keputusan untuk berpisah. Menerusi laporan The Korea Herald, Joon Ki telah memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya beberapa hari yang lalu di Mahkamah Keluarga Seoul.

Saya minta maaf

Menurut Joon Ki, dia terpaksa mengambil keputusan untuk meneruskan penceraian dengan isterinya dan meminta semua peminat untuk memberi ruang buat mereka.

Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye Kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 31 Oktober 2017 di The Shilla Hotel, Seoul. Mereka dipercayai menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama menjayakan drama popular Descendants of the Sun pada 2016.

Sumber: The Korea Herald

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×