berita

‘Macam Ada Bisikan Suruh Saya Pergi Tanya Khabar..’

June 4th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Malaysia negara aman terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum membuatkan Malaysia antara negara yang unik. Tidak kira bangsa mahupun agama, masyarakat Malaysia hidup bermuafakat dan sering menolong antara satu sama lain.

Menerusi Facebook Nicky Tan, berkongsi kisahnya yang menolong seorang pemuda berbangsa Melayu di sebuah stesen minyak. Motosikal pemuda itu mengalami masalah tayar pancit dan perlu dibaiki sebelum boleh meneruskan perjalanan. Namun pemuda itu tidak mencukupi wang untuk membayar mekanik yang akan membaiki motosikalnya itu. Lantas Nicky memberi RM30 bagi membantu pemuda tersebut. Jasa baiknya telah menerima pujian netizen kerana menolong orang lain tanpa mengira bangsa.

Macam ada bisikan suruh tanya khabar

Saya nampak orang ini kat tempat pump angin, ingatkan dia nak pump angin. So saya pun tanya, sama ada dia nak guna ke, dia kata mungkin sudah pecah sambil tekan tayar. Dia suruh saya pump dulu. Semasa saya tengah pump saya terdengar conversation dia tengah call member minta tolong. So saya pun continue jer la.

Lepas saya siap pump, I tengok dia duduk sana dengan muka penuh kesian dan sedih, kalau orang lain mungkin just abaikan naik kereta dan belah. Tapi tak tahu apa sebab macam ada bisikan suruh saya pergi tanya khabar.

Minta tolong pinjam RM25

Jadi saya pun pergi kat dia dan tanya la. “Bro lu ok?” (Tapi jauh-jauh la sebab di takde mask). Dia malu-malu pastu cakap “Boss, saya mahu minta tolong boleh?”. Saya pun sudah agak dah, I pun tanya macam mana saya boleh tolong, dia kata dia perlukan RM25 untuk bayar orang datang tukar tiub. (I tak pasti betul ke tak).

Dalam hati saya, memang orang macam ni sudah banyak saya jumpa. Tapi dia minta nama dan nombor telefon saya, janji akan bayar balik lepas balik rumah. Saya pun hulurkan RM30 kat dia berserta mask sekeping.

Ramai Melayu tolong sebelum ini

Pastu saya berangkat, dia jerit boss, nombor boss. Saya pun cakap takpela saya sedekah. (Saya tolong secara ikhlas, dan saya tak mahu dia tambah dosa kalau tipu) jadi saya pun sedekah lah. Kita kena bersangka baik semasa memberikan pertolongan.

Saya sering dibantu oleh bangsa Melayu ketika saya kehabisan petrol di jalan raya, motor breakdown. Mereka tolong pun tanpa meminta balasan. Jadi saya pun sama.

Gambar dia diambil kerana saya saja nak tau sama ada saya ada kena kencing ke tak. Mana tau ini scam yang mengambil kesempatan baik hati orang kan? Dia setuju untuk dipostkan kerana dia kata dia betul-betul tak tipu saya.

Sumber: Nicky Tan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×