Sebagai rakyat semestinya kita mahukan perbahasan dan politik yang matang dalam kalangan menteri dan wakil rakyat negara kita. Ciri kepimpinan dan profesional perlu diamalkan ahli menteri supaya dapat dicontohi oleh rakyat.
Sebuah foto yang dimuatnaik Nazir Najib menerusi Instagram menyaksikan YB Khairy Jamaluddin dan YB Syed Saddiq duduk semeja dan bermesra semasa menghadiri majlis perkahwinan, malam semalam. Malah, foto ini telah dipuji netizen menganggap sebuah jalinan hubungan politik yang matang antara mereka berdua.
Majlis perkahwinan rapatkan hubungan
https://www.instagram.com/p/BlibKpIlv82/?taken-by=nazir.razak
Semangat berpasukan
YB Khairy Jamaluddin juga memuatnaik gambar mereka bertiga menerusi Insta Story akaun rasminya dengan kapsyen #TeamLifeGoesOn. Walaupun berbeza parti politik namun semangat berpasukan harus diteruskan! Ini sekali gus memberi gambaran dan contoh yang terbaik buat ahli menteri lain dan rakyat.
Perlu amalkan politik yang matang
Snapped a photo with our charming Minister of Youth and Sports. Walaupun kita berbeza pandangan, kita perlu amalkan politik matang dan sejahtera! Nice to finally meet you bro @syedsaddiq #malaysia #youth#minister #kbs #politics #mazmeerize
Anak kepada bekas Perdana Menteri, Ashman Najib juga memuatnaik foto bersama YB Syed Saddiq pada malam majlis perkahwinan tersebut.
Wajah pemimpin yang baik
Macam inilah yang kami mahukan
Sumber: Nazir Razak