Misteri siapakah individu di sebalik akaun Threads yang menggunakan nama Musang Berjanggut terus menjadi topik hangat dalam kalangan wargamaya sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Kawan Amira Tak Pernah Cerita Buruk Tentang Orang Lain, Bekas Isteri Pun Kami Doakan’ – Salima Habib

Cari Musang Berjanggut

Perkara itu turut mencuri perhatian penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Salima Habibi yang tampil berseloroh dengan mengaitkan isu tersebut dengan filem klasik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Macam dejavu… dulu P. Ramlee kena cari Musang Berjanggut, sekarang orang Malaysia pun kena cari Musang Berjanggut.

Kalau dalam dialog P. Ramlee, Tok Nujum kata lelaki yang boleh cari siapa Musang Berjanggut sebab Musang Berjanggut takut dengan perempuan. Semoga dipermudahkan untuk semua.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam ruangan komen apabila rata-rata netizen mengakui terhibur, malah ada yang turut mengimbau semula babak ikonik daripada filem berkenaan.

Terdahulu, penyanyi Amira Othman menegaskan dia bersama suaminya, Fattah Amin tidak akan menarik laporan polis yang dibuat terhadap pemilik akaun Threads bernama Musang Berjanggut yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap mereka.

Sumber: Threads