Buat anda yang kaki travel dan suka memuatnaik foto travel di Instagram, anda wajib ke Pulau Langkawi. Di sini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan termasuklah aktiviti pantai, membeli-belah tanpa cukai dan menikmati makanan lauk segar!
Admin yakin Dash Resort Langkawi antara lokasi penginapan yang paling berbaloi. Anda juga boleh lakukan segala aktiviti pantai dan feeling macam berada di Maldives. Jadi, anda boleh berswafoto upload dalam Instagram, confirm cantik!
Hipster ala-moden
Dash Resort Langkawi terletak di hujung Pantai Tengah dan landskapnya mempunyai ciri-ciri hipster ala moden. Korang juga boleh menikmati keindahan laut Langkawi yang kebiruan ini dengan tenang. Sebab resort ini betul-betul terletak di tepi pantai. Sangat sesuai buat anda yang mahukan ketenangan dan lari dari kesibukan bandar.
Macam di Laut Andaman
Selain itu, korang juga boleh berenang dalam kolam kaca lut sinar yang cantik dan bersih. Reka bentuk tempat istirehat sangat high-class tapi jangan risau, harga disini sangat berpatutan. Feeling habislah! Macam berada di Laut Andaman.
Tak nak kemana-mana lagi
Jika korang sudah check-in di sini, admin yakin yang korang tidak akan keluar ke mana-mana. Sebab di Dash Resort Langkawi ini sudah lengkap dengan pelbagai port menarik untuk korang berswafoto dan dimuatnaik ke Instagram. Macam berada di luar negara, padahal bercuti di Langkawi je!
Jadi, tunggu apa lagi? Booking tiket flight korang sekarang!
Sumber: Dash Resort Langkawi