berita

Macam-Macam Alasan Tak Bagi Owner Datang, Rupanya Rumah Penuh Sampah..Siap Ada Bangkai Kucing!

November 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Khirmanullah Ae

Kotor dan menggelikan! Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan sebuah rumah yang dipenuhi dengan timbunan sampah dan najis kucing. Kisah penyewa tidak bertanggungjawab ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Khirmanullah Ae menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Bulan Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Terkejut Buka Pintu Bilik Penuh Sampah!

Artikel Berkaitan: Dah Bagi Duduk Free Pun Tak Boleh Nak Jaga…

Artikel Berkaitan: Tinggal Bil Elektrik RM3k, Rumah Penuh Tahi, Tuan Rumah Mana Yang Tak Geram Bila…

‘Semoga dikurniakan hidayah’

Foto: Khirmanullah Ae

Menerusi foto yang dikongsi, jelas menunjukkan rumah tersebut tidak dijaga dengan sebaik mungkin dan ‘dibiarkan’ begitu sahaja. Ujar lelaki ini, penyewa tersebut dikatakan memberikan pelbagai alasan sejak tiga bulan yang lepas ketika dia ingin melihat keadaan rumah.

Selalu terbaca penyewa dari neraka. Kali ini saya mengalami sendiri. Allahuakhbar, yang penting sabar je la.
Dari 3 bulan lepas asal nak datang viewings rumah ni je penyewa beri seribu 1 alasan.

Nak bagi kita orang masuk. Tapi dapat juga masuk memang tahu penyewa ada bela kucing. Sebelum ini, pun dia punya kotor jangan cakap la. Nasib SOP kena pakai mask jadi tak la bau sangat. Kalau tak, boleh hilang selera makan haha.

Susulan daripada itu, penyewa yang tidak bertanggungjawab itu menerima notis dan telah keluar dari rumah berkenaan berikutan rumah tersebut akan dijual. Bukan itu sahaja, penyewa tersebut pada mulanya dipercayai enggan keluar sebelum meninggalkan ‘kenangan’ buat tuan rumah.

Selepas sebulan yang lepas kita notice kan penyewa untuk keluar dan kosongkan rumah sebab rumah ni saya dah jual. Memang agak liat la dia nk keluar. Macam-macam alasannya.  Last-last dia keluar juga tapi biar gambar berbicara!

Kesian kucing tu kalau dah tak boleh bela lepaskn je la sampai yang tingal tulang pun ada Allahu. Macam mana hidup nak berkat dik oiii.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut mengecam tindakan penyewa tersebut yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, mereka turut simpati dengan nasib-nasib yang menimpa kucing berada di rumah berkenaan.

Sumber: Khirmanullah Ae<

SKIP THIS AD ×