Semalam, pemerintah China mendedahkan bahawa ujian calitan dubur adalah lebih berkesan dan tepat dalam mengesan kehadiran wabak Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.
Artikel berkaitan: Dakwa Lebih Tepat, China Bakal Lakukan Calitan Di Dubur Kesan Covid-19
Di Instagram, pelawak dan pelakon iaitu Zizan Razak memuat naik satu posting di mana dia tidak boleh membayangkan seandainya Malaysia mengikut kaedah yang sama dengan negara China. Agak-agak macam mana nak swab pandu lalu dekat bahagian dubur ye?
Hampir hari-hari aku fikir
Hampir 2 hari aku terfikir. Macamana nak swab pandu lalu kalau bahagian dubur. Biasanya artis akan record masa swab. Lepas ni artis mana yang berani record pastu post di media sosial? Pastu berapa viewers posting artis itu?
Menurut Zizan, sudah dua hari dia berfikir bagaimana cara untuk melakukan swab test secara pandu lalu jika ianya dilakukan di bahagian dubur. Tambahnya, adakah golongan artis sanggup merakam ujian swab test mereka kali ini dan berapa jumlah tontonan yang bakal diraih apabila memuat naik video tersebut.
Posting yang dimuat naik Zizan itu ternyata mencuri tumpuan netizen. Rata-rata netizen terhibur dan mula meninggalkan komen ‘kreatif’ mereka di ruangan komen tersebut.
Dapat berniaga pencukur
Sumber: Zizan Razak