berita

‘Macam Ni Pejuang Rakyat’ – Kongsi Foto ‘Throwback’ Tak Bertudung, Fathia Latiff Seronok Dikecam?

December 20th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nampaknya kontroversi yang melanda pelakon, Fathia Latiff masih belum menunjukkan tanda reda. Daripada isu teguran Dira Abu Zahar sehinggalah isu menyebut perkataan berbaur perkauman di Twitter. Jelas sekali pelakon cantik ini seakan tidak pernah serik dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

Terbaru, Fathia telah memuat naik sekeping gambar di Instagramnya bersama model, Tengku Shahrizan tetapi kali ini Fathia tampil dengan imej tidak bertudung.

Fathia buka tudung?

Ternyata, gambar yang dimuat naik Fathia itu rupa-rupanya adalah gambar lama yang merupakan imejnya sebelum berhijrah memakai tudung bertudung. Tetapi yang menjadi persoalannya, mengapa gambar ini juga yang dipilih untuk dimuat naik?

Dikecam netizen

Seperti sudah dijangka, tindakan Fathia itu mendapat kecaman daripada netizen. Rata-rata mengatakan Fathia tidak perlu untuk memuat naik gambar berkenaan memandangkan imejnya kini sudah bertudung. Diharap Fathia selepas ini akan lebih berhati-hati dengan gambar yang dimuat naik kerana takut akan mendatangkan fitnah dikemudian hari.

Sumber: Fathia Latiff, Tengku Shahrizan

SKIP THIS AD ×