berita

‘Macam Orang Hilang Akal’ – Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum ‘Prank’ Tekup Kek

December 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, kecoh mengenai video eksperimen sosial seorang pengguna TikTok, Daing Iskandar Mohd Tahir yang melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.

Artikel Berkaitan: Padah ‘Prank’, Lelaki Tanggung Derita Lepas Kawan Sumbat Gelas Ke Dalam Dubur

Macam orang gila

Susulan perbuatan itu, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, tampil menjelaskan mengenai hukum ‘prank’ keterlaluan dari sudut agama.

Zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lempar kek atas muka orang. Apakah hukumnya?

Kata Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI berkata, kita sepatutnya menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’ dalam bergurau dan situasi serius.

Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.

Kita macam orang hilang akal. Nak buat kandungan media sosial supaya banyak dapat tontonan, yang haram pun haramlah.

Jangan lari dari akidah

Tegas UAI, kita sepatutnya meletakkan batasan dalam bergurau supaya tidak berlebihan.

Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam.

Kamu buat kandungan video untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul.

Dalam pada itu, UAI menekankan tidak salah untuk melakukan konten asalkan jangan sampai tertinggal iman dan Islam.

Selepas dikecam teruk, Daing tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan hanya lakonan semata-mata bagi memenuhi slot program Raja Viral.

Jelasnya, dia sudah berbincang dengan mangsa yang merupakan ibu angkatnya sendiri. Difahamkan, video ‘prank’ tersebut bertujuan sebagai sosial eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

SKIP THIS AD ×