berita

Macam Pakaian Di Fashion Show- Uniform Terbaru Syarikat Penerbangan Di China Buat Mata Kami Tak Berkelip

July 11th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Semalam trending di sosial media apabila salah satu syarikat penerbangan di China memperkenalkan uniform yang sangat unik dan classy buat pramugari dan pramugara di sana. Siap dengan ‘Cheongsam’ lagi tu.. Rasa-rasanya di Malaysia uniform paling cantik Air Asia lah kot kan?

Jom kita layan beberapa foto model Hainan Airlines bersama uniform terbaru mereka.

Uniform macam pakaian untuk dikenakan di Fashion show!

Salah satu penerbangan di China telah memperkenalkan uniform yang sangat unik dan trendy untuk pramugara dan pramugari di Hainan Airlines. Sekali pandang macam pakaian yang dikenakan untuk fashion show, tapi sebenarnya tidak. Uniform tersebut telah mendapat perhatian orang ramai di sosial media.

Hainan Airlines telah bekerjasama dengan designer Laurence Xu. Uniform Hainan Airlines itu diilhamkan dari pakaian tradisional China iaitu ‘Cheongsam’.

Xu Fei Brand director dari Hainan Airlines berkata;

Kerjasama antara Hainan Airlines dan Lawrence Xu adalah untuk menaikkan lagi industri di China. Kami bukan sahaja memperkenalkan uniform baru tapi juga menunjukkan imej Hainan Airline ke mata dunia. Terutama sekali perjalanan antarabangsa, kami ingin penumpang kami tahu bahawa China adalah negara yang moden dan trendy.

Uniform untuk lelaki pula lebih kepada Western-looking dan sedikit elemen daripada budaya China. Cantik kan?

Sumber: Boredpanda.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×