Siapa sangka walaupun baru berusia 11 tahun, seorang kanak-kanak mampu melukis seperti pelukis profesional. Menerusi Facebook Faryha Yakob, dia berkongsi hasil seni yang cukup menarik ciptaan sepupunya Amir yang memiliki bakat dan kreativiti dalam menghasilkan lukisan. Lukisan-lukisan kanak-kanak itu telah mendapat pujian netizen.
Minat melukis dari kecil
Amir dikatakan minat melukis dan sering mempelajari ilmu seni melukis menerusi YouTube. Apa yang menarik tentang lukisan Amir ialah karakter yang dilukis adalah ciptaan dirinya sendiri dan kemampuan menggunakan tona warna yang menarik menjadikan hasil lukisan tersebut unik.
10 ribu perkongsian dan saya akan belikan sepupu saya iPhone baru. Bakat yang tidak patut dipersiakan. Tolong saya jadikan dia popular seperti pelukis antarabangsaa.
Menurut Faryha, dia akan menghadiahkan sepupunya itu sekiranya posting di Facebook miliknya mencecah 10 ribu perkongsian. Dia tidak mahu bakat sepupunya itu dipersia-siakan. Tambahnya lagi, dia berharap agar sepupunya mampu menjadi seorang pelukis yang berjaya di masa akan datang.
Buat custom casing
Ni video dia buat custom casing
Adik adik dia kacau jee hahaha pic.twitter.com/GPAOkuHIeY— KRUL.MY (@NuekYakob) June 3, 2020
Menerusi Twitter Nuek Yakob turut berkongsi video Amir menghasilkan lukisan di atas casing telefon bimbit. Amir juga dikatakan telah membuka akaun Instagram bagi memuat naik hasil lukisannya.
Sungguh menarik
Semoga tercapai impian dan cita-cita
Sumber: Amir, Nuek Yakob, Faryha Yakob