berita

Macam Tak Serik, Pelakon Drama Dilapor Jual Produk Beracun, Jadikan Rumah Sebagai ‘Port’

October 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelbagai peringatan serta larangan telah diberikan Kementerian Kesihatan terhadap penjualan produk kosmetik yang mengandungi racun sama ada terhadap golongan peniaga mahupun pembeli. Perkara ini bukan lagi isu yang baru namun ia seakan diambil remeh oleh segelintir pihak termasuk dari kalangan sesetengah selebriti.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, seorang pelakon drama terkenal didakwa masih menjual pelbagai produk kosmetik yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meskipun pernah didenda oleh mahkamah 10 tahun dulu.

Degil!

Menurut laporan portal itu, artis dalam lingkungan usia 40-an terbabit dikatakan ingkar dengan nasihat agar produk yang dijual mendapat kelulusan KKM terlebih dahulu sebelum dipasarkan.

Bagaimanapun perniagaan pelakon itu berjaya dihidu pihak berkuasa susulan daripada aduan orang awam dan satu serbuan telah dilakukan Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) KKM di kediaman artis tersebut di Subang Jaya, Selangor.

Sumber yang memetik portal itu berkata, ia merupakan serbuan kedua membabitkan artis tersebut selepas dia pernah dikenakan tindakan atas sebab yang sama pada 2008. Antara produk yang dirampas adalah krim malam, krim siang dan sabun.

Guna taktik penyamaran

Menurut sumber itu lagi, satu taktik penyamaran telah dilakukan oleh pegawai CPF KKM dengan membeli produk kosmetik yang dijual artis itu untuk mendapatkan bukti.

Katanya, semua produk yang dirampas dihantar ke Bahagian Pengesahan Pendaftaran KKM untuk tindakan lanjut.

Sebelum serbuan dilakukan, pegawai CPF KKM terlebih dahulu melakukan penyamaran dan membeli produk kosmetik itu bagi mendapatkan bukti.

Hasil serbuan di kediaman artis itu, CPF KKM merampas lima kosmetik tidak bernotifikasi dengan anggaran nilai rampasan lebih RM15,000.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×