berita

Macam Tom & Jerry, Detik Cemas Perompak ‘Main’ Kejar-Kejar Sebelum Jatuh Dari Bumbung

February 23rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Dunia ini tidak terlepas dengan penjenayah yang mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan. Satu klip video yang telah viral di laman sosial memaparkan seorang perompak yang hendak memecah masuk sebuah rumah sedang cuba untuk meloloskan diri jatuh dari bumbung rumah apabila kegiatannya disedari orang awam. Bak kata pepatah melayu ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Menerusi laman Instagram BuletinTV3, kejadian yang berlaku di lorong Hup Kee, Kuching, Sarawak pada jam 9.20 pagi menyaksikan lelaki tersebut cuba memecah masuk sebuah rumah bersama seorang lagi rakannya. Walaubagaimanapun rakannya berjaya meloloskan diri.

Cubaan meloloskan diri ‘GAGAL’

Tak sakit cari penyakit

Suspek yang cuba melarikan diri itu berjaya ditahan orang awam apabila cuba melarikan diri dan jatuh dari tingkat satu bumbung rumah. Disebabkan insiden tersebut, suspek diserahkan kepada pihak polis dan menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Sistem penggera sangat membantu

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Denis Leong, pemilik rumah menyedari kehadiran suspek apabila menerima amaran dari sistem penggera rumahnya melalui telefon bimbit dan dia terus memaklumkan kejadian tersebut kepada jiran-jiranya untuk mendapatkan bantuan.

Sumber: BuletinTV3

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×