berita

Madonna Raih Bayaran Tertinggi Di Dunia

November 20th, 2013 | by Ai
Hollywood

madonna

Pernah tak anda terfikir berapa agaknya bayaran yang diterima oleh selebriti setiap kali mereka membuat persembahan, berlakon atau sekadar menghadiri majlis jemputan?

Mungkin ada antara anda yang berpendapat golongan selebriti senang buat duit berdasarkan populariti mereka. Tetapi selain berhibur, mereka juga sebenarnya perlu mencari peluang lain untuk meraih pendapatan yang lebih lumayan.

Dan di dalam kes ini, Madonna telahpun disenaraikan sebagai penyanyi antarabangsa yang menerima bayaran paling tinggi di seluruh dunia.

Penyanyi ini berjaya meraih $125 juta bersamaan lebih kurang RM397 juta sejak setahun lalu melalui hasil jualan barangan cenderamata di konsert jelajahnya, perniagaan pakaiannya yang berjenama Material Girl dan wangian Truth or Dare.

ladygaga

Lady Gaga hanya mendapat tempat kedua selepas dikalahkan Madonna

Madonna sekaligus meletakkan Lady Gaga di tempat kedua selepas penyanyi yang terkenal dengan fesyen pelik ini hanya meraih $80 juta. Di bawah adalah antara artis-artis antarabangsa yang tersenarai dalam The World’s Highest-Paid Musicians 2013 oleh Forbes:

1. Madonna ($125 juta)
2. Lady Gaga ($80 juta)
3. Bon Jovi ($79 juta)
4. Toby Keith ($65 juta)
5. Coldplay ($64 juta)

Untuk semua pembaca OHBULAN!, jom tengok muzik video untuk salah satu lagu yang terdapat dalam album MDNA Madonna berjudul Give Me All Your Luvin’. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×