Nama suami kepada pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tular ciapan yang dilakukan oleh anak perempuannya, Izzah Rosland di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Suami Miera Liyana Sekat Nombor Telefon Isteri Pertama, Tak Bayar Nafkah Lebih Setahun
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Bercuti Ke Vienna Boleh, Bayar Nafkah Tak Reti’ – Anak Tiri Miera Liyana Nak Keadilan Untuk Ibu
Artikel Berkaitan: Madu Miera Liyana Enggan Bercerai, Rayu Suami Pulang Untuk Berbincang
Anak pun kena ‘block’
Menerusi akaun Twitter, Izzah mendakwa bapanya telah ‘membawa lari’ adiknya, Anisa tanpa pengetahuan ibunya, Adibah Abdul Mutalib, pada 12 Februari lalu.
Dakwa Izzah lagi, bapanya juga tidak membenarkan ibunya untuk melawat Anisa yang telah dimasukkan ke sebuah hospital.
Bukan sahaja ibu saya disekat, tapi saya juga disekat okeh ayah. Dipendekkan cerita, ayah saya mengambil adik saya pada 12/2 tanpa pengetahuan ibu saya.
Sudah 23 hari berlalu semenjak kali terakhir kami berjumpa dengan adik saya. Sebelum ini adik saya dimasukkan ke hospital tetapi ibu saya dihalang untuk menjenguk adik di wad.
Dalam hantaran sama, Izzah turut berkongsi hantaran yang dibuat aktivis terkenal, Mona Din. Mona telah berkongsi penderitaan yang ditanggung oleh Adibah yang merupakan isteri pertama Rosland.
Hari sama dibawa pergi
Sementara itu, di Instagram Stories, Adibah memuat naik foto Anisa memakai pakaian seragam pengakap untuk ‘Anugerah Rambu Pengakap.
Terdahulu, Adibah enggan bercerai dan mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu.
Susulan itu, Adibah merayu kepada Rosland untuk pulang ke rumah bagi menyelesaikan ketegangan.