berita

Mahkamah Bebaskan ‘Sultan Melaka’ Daripada Tuduhan Menyamar, Menipu

January 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ahli perniagaan iaitu Noor Jan Tuah sekali lagi dibebaskan pihak mahkamah daripada tuduhan menipu dan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’. Menurut sumber Malaysia Kini, Keputusan terhadap tertuduh itu dibuat Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes Prima Facie.

Menipu dan menyamar

Mahkamah Tinggi Melaka hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Seksyen seperti tahun lalu dengan melepas dan membebaskan ‘Sultan Melaka’ itu.

Keputusan demikian dibuat atas kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh iaitu Noor Jan Tuah berhubung 4 tuduhan menipu serta menyamar sebagai sultan Melaka pada 5 tahun lalu.

Sebelum ini, Noor Jan telah didakwa telah melakukan kesalahan pada Majlis Istiadat di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah, pada 28 Disember 2013, jam 10 malam.

Empat pertuduhan

Mengikut keempat-empat pertuduhan, ‘Sultan Melaka’ didakwa menipu Zaamat Md Idris, Mokhtar Md Yusof, Ahmad Zainudin Abdul Hamid, dan Hazizi Ikhwan Zaamat. Masing-masing lingkungan umur 37 hingga 68 tahun.

Kesemua mangsa mempercayai tertuduh adalah ‘Sultan Melaka’ dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka, sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.

Noor Jan Tuah ditahan anggota polis pada Januari 2014 selepas mengadakan majlis penyerahan surat pelantikan pada Disember 2013.

Sumber: Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×