berita

‘Main Gym Dari Darjah 3 Ke?’ – Netizen Geli Hati Tonton Watak ‘Budak Sekolah’ Drama Ini

April 27th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siri drama di sebuah stesen televisyen tempatan menjadi bahan tawa netizen gara-gara menggunakan pelakon yang tidak sesuai memegang watak pelajar sekolah. Dalam babak tersebut, 3 beradik yang berpakaian sekolah bersama-sama ibunya berada di luar kawasan rumah. Apa yang lucunya ialah walaupun 3 beradik tersebut memakai pakaian sekolah, namun wajah mereka tetap kelihatan sebaya dengan ibu mereka.

Pelakon yang kurang sesuai

Difahamkan drama adaptasi novel tersebut sudah memasuki episod keempat, mengisahkan tentang kisah Jalil lakonaan Saharul Ridzwan yang disisihkan oleh keluarga sendiri sejak kecil. Menerusi Twitter TV1, drama lakonan Shahrul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya dan Dynaz Mokhtar itu dikatakan salah memilih barisan pelakon untuk babak berkenaan. Sepatutnya babak berkenaan dilakonkan oleh pelakon-pelakon muda supaya nampak perbezaan antara ibu dan anak. Selain itu, disebabkan badan sado Shahrul Ridzwan menambahkan lagi komen-komen lucu para netizen.

Main gym dari darjah 3 ke apa?

Rata-rata netizen memberi komen lucu terhadap babak tersebut. Jarak umur di antara para pelakon yang tidak jauh beza menambah lagi persoalan netizen terhadap produksi yang mengambil mereka berlakon untuk babak sedemikian seolah-olah Malaysia kurang bakat muda. Sewajarnya pelakon-pelakon muda diberi peluang untuk melakonkan babak berkenaan.

Ingat buat muka monyok automatik muda?

Respon Shahrul Ridzwan

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×