berita

Main Phone Di Padang Bola, Pemain & Penyokong Kena Sambar Petir Di Setia Alam

March 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Cuaca buruk seperti hujan lebat dan kilat sambar menyambar amatlah bahaya untuk kita berada di luar rumah. Segala aktiviti luar rumah terutama di kawasan lapang harus diberhentikan. Ini yang terjadi di Shah Alam apabila sekumpulan rakan yang menyaksikan pertandingan bola sepak disambar petir.

Menurut Berita Harian, kejadian yang berlaku di Padang Bola Setia Badminton Academy Persiaran Murni Sek U13 Setia Alam telah mengorbankan satu nyawa dan tiga lagi dilaporkan kritikal apabila mereka disambar petir sewaktu berada di tengah padang.

Guruh berdentum dan kilat menyambar

Rakan mangsa, Mohamed Noor Zafar, 19, berkata mangsa Rohimullah, 19, berada disampingnya ketika kejadian berlaku.

Ketika Rohimullah leka bermain telefon, guruh berdentum dan kilat menyambar sebelum dia dipanah petir. Saya terkejut dan panik melihat dia terbaring kaku dengan keadaan bajunya terbakar. Ketika itu, kami sudah berhenti bermain bola kerana cuaca gelap dan guruh. Kami menunggu bas untuk pulang.

Mangsa dikatakan sedang leka bermain telefon sewaktu berjalan di tengah padang sebelum kilat datang menyambarnya.

Tiga rakan kritikal

Selain mangsa, tiga lagi rakannya masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat dari kejadian itu. Mereka hadir ke padang itu bagi menyaksikan pasukan yang diwakili Mohamed Noor, Klang Rohingya Football Club (KRFC) berentap. Setiap minggu mereka mengadakan perlawanan persahabatan di padang itu. Namun kali ini bertukar tragedi.

Saya tidak tahu dia ke padang

Abang mangsa, Aro Fulla, 22, berkata dia tidak tahu yang adiknya itu pergi ke padang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

Ketika itu saya berada di rumah dan tidak tahu dia ke padang. Saya sudah menghubungi keluarga di kampung (Myanmar) dan sudah tentu berita ini amat menyedihkan.

Keluarga mangsa telah diberitahu berikutan kejadian itu.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×