berita

Main Sorok-Sorok Bersama Keluarga Bertukar Tragedi Apabila Terkunci Dalam Bekas Ais

March 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Permainan sorok-sorok sewaktu zaman kanak-kanak sungguh menyeronokkan. Ada sahaja idea yang terlintas untuk menyorok bagi sembunyikan diri dari dijumpai rakan. Namun lain pula yang terjadi pada seorang kanak-kanak berumur 5 tahun berasal dari Florida, Amerika Syarikat.

Menurut Metro.Uk, kanak-kanak lelaki tersebut sedang bermain sorok-sorok bersama ahli keluarganya namun tersilap memilih lokasi untuk bersembunyi di mana dia terkunci di dalam bekas ais yang di dudukinya.

Terus masuk ke dalam bekas ais

Menurusi laporan video Abc13, kanak-kanak tersebut kelihatan terus memasuki bekas ais itu untuk bersembunyi tanpa memikirkan bahaya. Setelah dia merasa dirinya dikunci. Dia menjerit sekuat hati.

Terdengar jeritan dari luar rumah

Kami terdengar suara dia menjerit lalu kami terus ke luar rumah. Namun kami tidak pasti dari mana datangnya jeritan itu sehinggalah suami saya membuka bekas ais tersebut. Dia menangis dalam ketakutan sepanjang berada dalam bekas ais itu.

Ibu mangsa terdengar jeritan dari luar rumah tetapi tidak tahu dari mana datangnya jeritan itu sehingga suaminya membuka bekas ais tersebut dan menemui anaknya itu.

Sumber: Metro.Uk, Abc13

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×