berita

Majikan Bunuh Pekerja Asyik Minta Bonus Sempena Krismas

December 21st, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Gara-gara berang pekerja sering minta bonus sempena perayaan hari Krismas, seorang majikan bertindak membunuh pekerja itu sebelum menanam mayat mangsa di halaman rumahnya. Pemilik restoran pizza, itu bagaimanapun ditahan apabila polis menemui mayat mangsa, Jorge Daniel Zagari, 53, yang tertanam di bawah konkrit di halaman rumahnya di sebuah kota wilayah timur Buenos Aires, Argentina, Isnin lalu.

Mayat ditanam di hadapan halaman rumah

Foto: The Sun

Menurut laporan yang dipetik dari The Sun, mangsa berpengalaman dalam membuat pizza di restoran itu, namun disebabkan penularan wabak Covid-19, menjadikannya tergolong dalam kategori berisiko tinggi dan seharusnya mengambil cuti kerja. 

Dipercayai Zagari meninggalkan rumah minggu lalu untuk meminta gaji tunggakan kepada majikannya, tetapi tidak pulang seperti biasa. Keadaan itu membuatkan ahli keluarganya risau dan mereka terus melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Pada hari yang sama, kereta mangsa ditemui terbakar dan siasatan polis pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berhampiran disitu, menunjukkan kereta suspek, Luis Mieres, turut berada di kawasan kejadian. Pihak polis kemudian membuat serbuan di rumah suspek dan menemui konkrit yang masih ‘segar’ dibuat di halaman rumahnya.

Setelah memecahkan konkrit dan digali, mayat Zagari ditemui ditanam di bawah konkrit tersebut. Siasatan menunjukkan mangsa dipukul di bahagian kepala dengan objek tumpul dipercayai batang besi. Namun, pihak polis masih menunggu keputusan rasmi bedah siasat. Susulan itu, pihak polis menahan Mieres dan rakan suspek, Marisol Albornoz Hermosilla, 63, dan anaknya, Martin Silva yang turut bersubahat untuk menanam mayat itu.

Sumber: The Sun.

SKIP THIS AD ×