berita

Majlis Aqiqah Anak Khairul Fahmi & Leuniey Meriah, Kalah Kenduri Kahwin!

June 3rd, 2014 | by Ai
Lensa Insta

khairul fahmi-19

Sejak semalam, ramai yang fikir Khairul Fahmi a.k.a Apek dan Leuniey nak bersanding lagi sekali. Mana taknya, pasangan popular ni bukan main bergaya lagi dengan baju sedondon warna ungu.

Tambah pelik lagi, gambar-gambar juga dimuat naik secara langsung oleh jurugambar profesional. Malah dari pagi hingga malam semalam, mereka belum berhenti berkongsi hasil foto yang menarik di laman sosial.

Bukan setakat tu sahaja, mini platform yang dihias seperti pelamin turut tersergam indah ala majlis pernikahan dan resepsi. Meletup!

aqiqah kayla (5)

Baju Leuniey dari Nurita Harith pun dah macam busana pengantin

Bila diselidik, rupanya Apek, Leuniey dan seisi keluarga meraikan puteri sulung mereka di dalam majlis Aqiqah secara besar-besaran.

Untunglah Baby Kayla, kecil-kecil lagi dah dilayan macam puteri. Esok lusa bila Kayla kahwin agaknya lebih meriah daripada ni.

Kalau nak tahu, majlis ini sebenarya berlangsung di Dewan Di Tunjong Banquets di Kota Bharu, Kelantan yang mana ianya juga dimiliki oleh Apek dan Leuniey sendiri.

Apapun, jom tengok 60 keping foto Aqiqah dan berendoi untuk cik mek molek Kayla Elayna di bawah ini. Comel-comel semua yang datang memeriahkan majlis.

Kredit foto: Camora Arts & Photo Aura

SKIP THIS AD ×