berita

Majlis Aqiqah & Berendoi Lengkap Pelamin Gah…Kejar Trend Atau Ikut Sunnah Nabi?

March 29th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Zaman sekarang menjadi trend melangsungkan majlis aqiqah dan berendoi secara besar-besaran. Ada berpendapat tidak salah untuk meraikan kelahiran anak. Manakala, ada segelintir menyifatkan perbuatan itu adalah membazir dan bukan sunnah Nabi.

Sejak kebelakangan ini, ramai diantara artis tempatan melangsungkan majlis aqiqah secara ‘class’. Malah, ianya menjadi ikutan kepada ibu bapa yang juga mengimpikan majlis gah sedemikian. Nak buat grand tidak salah, tetapi perlulah ikut kemampuan ekonomi keluarga. Tak elok jika kita membazir duit.

Pengguna Facebook, Taufiq Salleh berkongsi pendapatnya mengenai pembaziran ekonomi keluarga. Pendapat dia juga boleh direnungi bersama dalam membantu amalan jimat cermat seiring sunnah Nabi.

Ini adalah budaya bercanggah

Status ini dikongsi dalam melontarkan pandangan terhadap senario masyarakat berlumba-lumba untuk melangsungkan majlis aqiqah berendoi yang grand. Bagi tidak membazirkan duit, anda dinasihat untuk melakukan amalan ini mengikut sunnah Nabi. Bukan mementingkan budaya semata.

Suami kena mainkan peranan

Apa motif letak bayi atas pelamin?

Ikut sunnah lagi berkat, InshaAllah

Semoga perkongsian ini dapat membuka minda dan menjadi iktibar. Jangan terlalu berlumba mengejar citarasa, maka berlajar juga untuk mendapatkan pahala dengan mengikut sunnah Nabi. Semoga Allah memberkati setiap urusan kita. Amin.

Credit: Taufiq Salleh

SKIP THIS AD ×