Penyanyi Noryn Aziz menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto dengan set persalinan pernikahan berwarna putih beserta kapsyen ‘Alhamdulillah’. Foto beserta kapsyen tersebut bagaimanapun mencetuskan spekulasi terhadap status penyanyi terkenal itu.
Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, Noryn Aziz mengakui dan mengesahkan bawah statusnya telahpun bertukar. Dia selamat diijabkabulkan bersama seorang ahli perniagaan dan majlis pernikahan diadakan secara tertutup di Damansara.
Alhamdulillah…
https://www.instagram.com/p/CGT0tjlgLQr/
Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara pada malam tadi. Difahamkan pasangan berkenaan memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini ekoran pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor. Pasangan ini pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini. Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.
Cantik manisnya…
Noryn Aziz sebelum ini pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan mereka berpisah pada tahun 2018. Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Raja Bariq Umar Shah.
Sumber: Noryn Aziz, Astro Gempak