berita

Majlis Tunang Artis Semasa PKP, Netizen ‘Report’ Kepada Ismail Sabri

February 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Adik kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha bersama anak sulung penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy selamat mengikat tali pertunangan. Majlis tersebut telah dihadiri keluarga kedua-dua pihak termasuk Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz.

Artikel berkaitan: ‘Jika Ingin Berkahwin, Bakal Isterinya Mestilah Elisya..’ – Anak Sheila Rusly & Elisya Sandha Selamat Bertunang

Namun bagaimanapun perkhabaran gembira itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen mengenai SOP majlis tersebut. Netizen turut mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan itu boleh dijalankan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Netizen kurang senang

Elisya Sandha turut berkongsikan foto-foto majlis pertunangan dia bersama Uzair Haqimy di laman Twitter. Posting tersebut telah meraih 3.2 ribu tanda Retweet dan rata-rata netizen kurang senang dengan majlis yang diadakan pasangan ini.

Ramai terpaksa batalkan majlis

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa majlis pertunangan pelakon bersama anak kepada penerbit terkenal itu boleh diadakan memandangkan ianya merupakan larangan semasa PKP dilaksanakan.

SOP dua darjat ke?

Turut diakui bahawa ramai pasangan bakal pengantin terpaksa membatalkan majlis termasuk merisik, pertunangan dan pernikahan demi menghormati arahan kerajaan. Rata-rata netizen mention nama Dato Sri Ismail Sabri di laman Twitter untuk meminta penjelasan dan mengadu berhubung majlis pertunangan artis yang diadakan semasa tempoh PKP.

Sumber: Elisya Sandha

SKIP THIS AD ×