Sejak beberapa hari lalu, viral satu kisah di media sosial mengenai seorang remaja yang diuji dengan pemergian ibu tercinta. Namun, pada keesokan harinya dia sekali lagi diuji apabila motosikalnya pula dilaporkan hilang.
Kisah tersebut telah mendapat perhatian penceramah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew. Beliau telah tampil menghulurkan bantuan dan menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada remaja ini.
Ibu tercinta menghadap Ilahi
Berdasarkan perkongsian Ustaz Ebit di Instagram, dia memberitahu remaja yang dikenali dengan nama Adam ini baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada 21 Januari yang lalu. Arwah ibu Adam dikatakan merupakan seorang pejuang pesakit buah pinggang dan sebelah kakinya juga sudah tiada disebabkan masalah kesihatan yang dialami.
Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua dengan mak. Sekarang tinggal berdua jer. Seorang 17 tahun. Seorang 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah.
Difahamkan, kedua-dua beradik ini sudah lama tidak bersekolah. Oleh hal yang demikian, beliau sedang berbincang supaya Adam dan adiknya dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain dan segala perbelanjaan seperti yuran akan ditanggung oleh Ustaz Ebit.
Beli motor baru untuk Adam
Selain menghadiahkan motosikal baharu, Ustaz Ebit juga ada memberi bantuan wang perbelanjaan kepada Adam dan adiknya.
Saya hadiahkan motor baru Modenas biru. Dapat diskaun. Tauke kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan baik. Setahun adik ni service dan ganti barang dapat free di kedainya selepas ini. Dia kasihan pada adik tadi. Dia kenal saya. Selalu tengok ebit lew.
Saya beri sedikit duit belanja buat keduanya. Semoga adik berdua kuat yer. Ibunya mendapat bantuan bulanan dari BaitulMal KL.
Dalam kesempatan itu, Ustaz Ebit berharap agar kedua adik-beradik ini sentiasa kuat dan tabah dalam menempuh dugaan serta akan berjaya dalam hidup.
Sumber: Ustaz Ebit Lew