Di Twitter, pelakon, Tony Eusoff menyelar sikap segelintir individu yang mengkritik usaha murni sebuah kumpulan politik memberikan sumbangan tuala wanita secara percuma kepada masyarakat baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Niat Murni Kumpulan Wanita Sumbang Tuala Wanita Dikritik, Dakwa Rendahkan Maruah
Mak kau tak ajar?
Baru sahaja sambut Hari Wanita sedunia tapi ada lagi yang kata tuala wanita ini memalukan. Memalukan siapa sebenarnya? Mak kau tak ajar dari kecil ke?
Nasib baik where I come from tak buat macam tu. Beli kotak macam tu sahaja bawa balik rumah. Ingat lagi brand dia ada daun time tu. Tak malu pun. Yang mula bungkus dengan kertas bagai tu la dalang yang memalukan.
Menurut Tony Eusoff, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tuala wanita. Tambahnya, dari kecil sehingga besar dia sudah biasa dengan lumrah alam berdarah sebulan sekali. Ujarnya lagi, sebagai manusia dia tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan ‘design’ Tuhan. Oleh itu, apa yang perlu dimalukan jelasnya.
Kenapa bagi tuala wanita?
Terbaru, Wanita Keadilan Johor (WKJ) tampil memberikan sebab mengapa mereka memberikan tuala wanita secara percuma kepada orang awam. Menurut WKJ, pemberian tersebut bukan kerana parti semata-mata bahkan, mereka prihatin terhadap kaum wanita. Tambah WKJ, mereka juga mahu kaum lelaki mengetahui berkenaan wanita.
Sebagai contoh, berapa ramai wanita yang jaga kebersihan semasa kedatangan haid? Berapa ramai wanita yang buat pemeriksaan pap smear? Berapa ramai wanita yang rancang kehamilan mereka? Adakah wanita buang tuala wanita ini dengan betul? Adakah kaum lelaki ada membantu membelikan tuala wanita ini utk isteri atau saudara perempuan mereka? dan adakah kaum lelaki malu untuk pegang tuala wanita itu dan beri pada isteri mereka?
Kami juga mengajar cara basuh tuala wanita dengan betul, cara buang dengan betul dan bagaimana hendak menjaga kebersihan semasa haid. Disamping itu, kami juga selitkan sekali kempen Hormat Wanita kerana keganasan rumah tangga terlalu tinggi berlaku sejak PKP ini.
Ada yang bergaduh suami isteri atau anak kerana suami dan anak lelaki masih malu hendak membelikan atau membantu ambilkan tuala wanita ini. Kami ajar kaum lelaki agar jangan malu dan terima fitrah wanita yang sememangnya berlaku kedatangan haid ini setiap bulan. Kami ajar anak-anak kecil supaya tidak mengejek rakan mereka sekiranya haid itu tertembus dr pakaian mereka.
Jelas WKJ, dengan hanya pemberian tuala wanita ini, banyak sebenarnya mesej yang mereka boleh sampaikan. Jangan pandang negatif pada kami, tetapi pandanglah dr sudut kebaikan apa yang telah kami sampaikan.
Sumber: Tony Eusoff & Wanita Keadilan Johor