berita

‘Mak Malu Dengan Saya’ – Nak Kahwin Tapi Mak Tak Bagi, Dilema Remaja Terlanjur Dengan Tunang

February 4th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Akibat terlalu berpegang dengan kata-kata masyarakat sekeliling, ada ibu bapa yang sanggup membuang darah daging demi menjaga nama baik keluarga. Ada juga yang menghantar remaja ini ke rumah perlindungan supaya dibimbing bertaubat dan berubah.

Syed Azmi di facebooknya berkongsi dilema seorang remaja yang hamil akibat terlanjur dengan tunang sendiri. Mungkin kerana hati sudah terlalu remuk, si ibu melarang anak menikah.

Mengandung hasil hubungan dengan tunang sendiri

(Sekadar gambar hiasan)

Saya sedih dengan kes kami hari ni.
Remaja mengandung hasil perhubungan dengan tunang sendiri. Keluarga porak peranda.
Mak sendiri hantar ke sebuah rumah perlindungan. Saya waktu itu hanya menghantar diapers ke sana di minta temuduga.
“Dah berapa bulan?” Tak tahu.
“Apa perancangan?” nak kahwin tapi mak tak bagi walaupun keluarga tunang menerima saya.

Nak duduk dengan mak, mak malu

(Sekadar gambar hiasan)

Dia nangis. Sedih saya tengok.
“Kenapa nangis?” Tak nak duduk sini.
“Eh, waktu datang sini tak dapat persetujuan ke?” Geleng kepala.
“Bayi ni nak jaga atau buat pengangkatan?” Jaga.
“Nanti nak duduk mana kalau bukan tempat ni sementara mengandung?” Nak duduk dengan mak, tapi mak yang malu dengan saya. Saya sedih sangat.

Saya bantu kompromi dengan satu plan yang dipersetujui.
Consent atau pengizinan amat penting dalam hal-hal sebegini. Biar apa pun salah si anak, sila ambil kira perasaan dan persetujuannya. Sebab ini melibatkan nyawa anak dan bayi dalam kandungan. Jiwa ibu yang sihat akan membentuk anak yang sihat juga.

Saya faham perasaan ibunya. Malah itulah fungsi rumah perlindungan atau transit, sebagai mediator sementara si ibu bertenang dan beri ruang pada kedua-dua pihak bagaimana hendak memberikan yang terbaik. Hati ibu mana yang tak remuk.

Cabaran ibu muda yang hamil luar nikah ni banyak. Tapi biarlah siibu dan bayi berada di tempat yang selamat.

Syed Azmi Alhabshi
Small Lamb.

Sumber : Syed Azmi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×