Akibat terlalu kecewa gara-gara ibunya tidak pulang meraikan upacara ‘akil baligh’, seorang remaja perempuan telah bertindak membunuh diri. Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 15 tahun itu terjun dari tingkat 11 di Pangsapuri Perai Indah Bukit Mertajam selepas ibunya tidak pulang untuk menyambut upacara itu bersama.
Mangsa seorang yang sensitif
Hasil siasatan mendapati mangsa adalah anak sulung daripada dua beradik dan masih bersekolah di tingkatan tiga.
Temubual yang dilakukan dengan keluarga mangsa mendapati dia seorang yang sangat sensitif tetapi tidak mempunyai sebarang masalah lain.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Ada Samad, pihak polis telah menerima aduan dari orang awam yang memaklumkan terdapat mayat remaja perempuan yang terjatuh di pangsapuri berkenaan. Hasil temubual bersama keluarga, mangsa tidak mempunyai masalah sebelum ini, namun dia merupakan seorang yang sensitif.
Adik saksi kakak terjun dari pintu rumah
Mangsa sepatutnya menyambut upacara akil baligh namun disebabkan ibunya yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang majlis itu terpaksa dibatalkan dan ia membuat mangsa sedih.
Ketika kejadian adik perempuan mangsa ternampak kakaknya terjun dari pintu utama.
Mangsa dikatakan telah terjun dari pintu utama dan disaksikan oleh adik perempuannya ketika itu. Mangsa dipercayai sedih kerana ibunya yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang untuk sama-sama menyabut upacara berkenaan.
Tambahnya lagi, mangsa tinggal di situ bersama ibu saudaranya memandangkan bapanya bekerja di sebuah hotel berdekatan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro