Personaliti media sosial, Ubai memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 petang tadi.
Artikel Berkaitan: Bakal Ibu Mentua Shila Amzah Ditidurkan Selepas Jalani Radioterapi, Ubai MZ Mohon Doa Orang Ramai
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Beri Bayangan Bakal Nikah Ogos Ini
Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Tanya Bila Shila Kahwin, Saya Tak Tahu’ – Syada Amzah
Meninggal dunia
Berita tersebut dikongsikan oleh Ubai sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Terdahulu, Ubai memberitahu ibunya akan ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Isnin.
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi.
Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlaku pendarahan pada rahim ibu.
Selepas berlaku pendarahan itu, doktor cadangkan untuk buat lagi lima radioterapi dan Alhamdulillah kelima-lima kitaran itu dapat diselesaikan.
Pada mulanya, selepas rawatan radioterapi itu ibu nampak okay cuma tiba-tiba pagi semalam doktor kata tahap kesihatan ibu tidak stabil dan ambil keputusan untuk tidurkan.
Tambah Ubai, selepas ini ibunya perlu menjalani semula enam kitaran kimoterapi dengan menggunakan ubat-ubatan yang lain.
Disebabkan ibu terlalu sakit, jadi doktor mengambil langkah untuk mengawal dengan menidurkan dia.
Doktor mahu ibu untuk beri dia berehat. Untuk rawatan seterusnya nanti, mungkin ibu perlu buat semula kimoterapi sebanyak enam kitaran dengan ubat yang berlainan, tetapi dia perlu mula dengan kitaran pertama semula.
Sumber: Ubai