berita

‘Mak Umur 50 Tahun Melayan Ramai Lelaki, Katanya Dah Tiada Nafsu Dengan Ayah’

June 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan ibunya yang suka melayan ramai lelaki yang dikenalinya di media sosial.

Ibu kantoi layan lelaki lain?

Sekadar gambar hiasan

Menerusi kiriman yang dihantar kepada ConfessTweetMy, individu ini memberitahu dia tidak sanggup melihat ibunya yang tergamak berlaku curang dengan lelaki lain. Ujarnya lagi, dia sudah berkali-kali menasihati ibunya namun langsung tidak diendahkan.

Hari tu saya nekad untuk tegur dia sebab saya rasa tak boleh nak hadap dia. Setiap kali saya tengok muka dia, saya teringat apa yang dia buat. Saya WhatsApp dan tegur dia untuk berubah dan beritahu saya dah tahu semua yang dia buat.

Apa yang sedihnya, dia sanggup bersumpah junjung Al Quran dia tak buat benda tu. Dia asyik nafikan benda tu dan cakap benda tu dah lama. Saya kasihan dengan ayah saya, penat keluar cari rezeki tapi isteri curang.

Ujar individu ini lagi, ini bukanlah kali pertama ibunya yang menjangkau usia 50-an itu kantoi melayan beberapa lelaki malah sebelum ini perkara yang sama pernah terjadi.

Sebelum ni pun pernah juga tapi dengan lelaki lain. Saya cuba berdepan dengan mak saya sekali dengan adik-adik. Tapi dia juga tidak mengaku dan bagi alasan saja melayan.

Saya ingatkan dia berubah lepas kes tu sebab malu dengan anak-anak tapi rupa-rupanya makin teruk. Yang baru kantoi ni bukan melayan seorang lelaki tapi banyak lelaki. Mak saya sendiri pernah bercerita dengan seseorang bahawa dia sudah tiada nafsu dengan ayah. Lelaki baru tu masih muda dan barang baik.

Individu ini akui buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kisah yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menasihati individu ini supaya menceritakan perkara sebenar kepada si ayah.

Sumber: ConfessTweetMy

SKIP THIS AD ×