berita

Makanan Segera Berisiko Kecilkan Testis & Kurangkan Kualiti Sperma Lelaki – Kajian

February 25th, 2020 | by faris
Kesihatan & Hidup Aktif

Restoran makanan segera yang beroperasi 24 jam membuatkan akses untuk makanan sebegitu cukup senang didapati. Cepat, mudah dengan harga berpatutan membuatkan makanan segera sentiasa menjadi pilihan. Selain berisiko menyebabkan kegemukan seperti diketahui umum, makanan sebegini turut dibuktikan memberi kesan negatif untuk sistem pembiakan.

Makan makanan segera beri kesan pada testis

Satu kajian di Amerika Syarikat oleh sekumpulan pengkaji Universiti Harvard mencadangkan lelaki yang kerap makan makanan segera seperti pizza, burger, kerepek dan minuman berkarbonat lebih cenderung untuk memiliki testis kecil dan jumlah sperma yang kurang.

Kajian itu diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) Network Open pada 21 Februari yang menganalisis diet 2935 lelaki dengan purata umur 19 tahun ketika ujian kemasukan ke pasukan ketenteraan. Pengkaji kemudian mengukur saiz testis, jumlah sperma, bentuk dan kebolehan berenang sperma berkenaan.

Turut didapati mereka yang menjalani hidup sihat dan mengamalkan diet ikan, ayam, buahan dan sayuran dan minum air mencukupi, menghasilkan sperma berkualiti.

Testis besar, sperma berkualiti

Pengamal diet sihat juga mempunyai testis yang lebih besar berbanding yang lain. Vegetarian berada di kedudukan kedua, diikuti pengikut diet Scandi (pemakan produk tenusu dan ikan salai). Manakala ‘penagih’ makanan segera berada di kedudukan terakhir dengan memiliki testis terkecil.

Hasil dapatan, lelaki pengamal diet sihat mempunyai 167 juta sperma setiap kali ejakulasi, manakala isipadu testis 13.7ml.

Ketua penyelidik Dr Feiby Nassan memaklumkan The Sun UK, golongan lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka dengan mengamalkan diet seimbang.

Secara umumnya corak pemakanan sihat dikaitkan dengan sperma lebih berkualiti, sekaligus meningkatkan kesuburan dalam kalangan lelaki.

Kajian sebelum ini mendapati kualiti sperma berkurangan sejak 10 tahun kebelakangan inii dengan pengurangan 60 peratus di negara barat sejak 1973 hingga 2011.

Sumber: Malay Mail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×