Majlis pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran sebelum ini telah mendapat perhatian ramai. Bukan itu saja, kemunculan anak perempuan Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Aleesya juga dipuji netizen kerana tampil dengan penampilan yang lebih anggun.
Artikel berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Sah Nikah Pagi Ini
Artikel berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Tak Mahu Buat Majlis Besar-Besaran
Menerusi laporan Astro Gempak, pelakon Erra Fazira mengakui tidak tahu mengenai hubungan cinta yang terjalin antara bekas suaminya bersama Noor Nabila sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Dia sayang adik baru dia, Jayden
Pelakon Maria Mariana itu memberitahu dia mengenali Noor Nabila tetapi kenal dengan lebih rapat. Tambah Erra lagi, dia tidak jumpa anaknya iaitu Aleesya sejak bekas suaminya itu berkahwin.
Saya memang tidka tahu mengenai hubungan mereka. Saya sama saja dengan yang lain. Saya tahu Nabila tetapi tidak mengenalinya secara dekat. Kami pernah jumpa pun sekali sahaja.
Saya masih belum jumpa Aleesaya sejak dia dapat mak baru ini disebabkan masa yang belum mengizinkan. Tapi saya sangat pasti yang dia okay sahaja. Dia sayang adik baru dia, Jayden. Jadi saya rasa perkara ini tidak memberi masalah kepadanya. Setakat ini dia gembira saja, syukur Alhamdulillah.
Saya rasa Aleesya matang
Kata Erra lagi, anak perempuannya itu sudah matang dan mengerti tentang sesebuah institusi perkahwinan.
Saya rasa Aleesya matang dan tahu mengenai institusi perkahwinan, tanggungjawab ibu baru, tanggungjawab anak kepada ibu, tak kiralah ibu kandung atau ibu tiri. Alhamdulillah, Aleesya bersikap positif. Mungkin sebab dia sudah ada pengalaman perkara sebegini, jadi dia faham.
Be good anakku
Erra Fazira bagaimanapun enggan memberi respon atau ucapan kepada bekas suaminya. Sebaliknya dia memberi ucapan istimewa kepada anaknya, Aleesya.
Saya hanya nak ucapkan kepada anak saya, semoga Aleesya menjadi anak yang solehah, baik dan taat tentunya kepada ayahnya dan ibu Noor Nabila.
Aleesya harus saling menyayangi dalam keluarga yang besar itu, be good anakku, make your Mom proud of you.
Sumber: Gempak