Setiap dari kita mengimpikan majlis yang meriah pada hari perkahwinan. Kos sara hidup yang tinggi menjadi kerisauan anak muda untuk menjalani kehidupan selepas bergelar suami isteri.
Namun, sebenarnya anda boleh berjimat dengan mengikut kesesuaian bajet sendiri. Perkongsian bajet pernikahan ini dikongsi pengguna Twitter Mader Inaz. Bajetnya tidak lebih RM5k tau!
Buat dulang hantaran sendiri
Terdapat empat perkara yang wajib dibayar mengikut harga ditetapkan. Antaranya adalah ujian HIV, kursus kahwin, upah Tok Kadi dan mas kahwin. Semuanya bergantung kepada negeri masing-masing.
Manakala, dulang hantaran hanya RM200 sahaja dan buat sendiri.
Bajet pelamin dan kad jemputan
Bajet yang diperlukan bagi menghasilkan pelamin ini sekitar RM350 sahaja. Kad jemputan pula, sudah tidak perlu dicetak. Semuanya boleh dibuat menggunakan kaedah e-card. Boleh terus hantar ke Whatsapp atau Telegram kenalan rapat. Jimat kan?
Baju pengantin dan katering
Bagi menjimatkan bajet perkahwinan anda lagi, sebaiknya perlu sewa dengan harga yang murah. Atau beli sahaja kain dan jahit sendiri ikut kemahuan anda. Begitu juga dengan katering, anda perlu membuat perbandingan harga bagi menentukan bajet yang terbaik.
Tak perlu doorgift
Sekiranya anda mahukan juga doorgift untuk diberikan kepada tetamu, boleh cari di Shopee dengan kepelbagaian barangan dan harga murah. Untuk lebih jimatkan duit dikeluarkan pada solekan, anda disarankan belajar bersolek sendiri. Begitu juga dengan inai. Hanya beli saja inai yang sudah ada dijual di kedai.
Khemah majlis
Manakala khemah majlis nikah diperlukan dua buah sahaja bagi tetamu yang datang bertandang. Bajet khemah sebegini anggaran Rm250 hingga Rm400 saja. Apa yang lebih penting adalah jangan terlalu mendengar kata-kata orang. Bijak menguruskan bajet pernikahan sendiri adalah lebih penting!
Percaya pada rezeki
Bila anda berniat untuk mendirikan rumah tangga, tidak perlu pening kepala fikir soal bajet. Perkara yang lebih penting adalah halalkan hubungan itu. Jangan ambil risiko untuk berhutang atau mohon pinjaman bank. Tindakan itu akan membuatkan anda terbeban dengan hutang. Lebih baik bernikah dengan bajet murah tanpa dibebani hutang.
Sumber: Mader Inaz