berita

Makin Besar Makin Comel, Foto Terkini Anak Fattah Amin & Fazura Jadi Perhatian!

February 5th, 2021 | by Shafika
Lensa Insta

Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti popular yang cukup disenangi ramai iaitu Fattah Amin dan Fazura. Pasangan ini selamat menimang cahaya mata mereka pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: Fazura Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan, Mohon Masa Rahsia Nama & Wajah Anak

Artikel Berkaitan : ‘Nur Fatima Aisya’ – Fattah, Fazura Dedah Nama Puteri Sulung

Namun, mereka mula mendedahkan foto anak kepada umum pada malam tahun baru 1 Januari 2021 bersamaan hari Jumaat.

Keluarga bahagia

Selepas menjadi teka teki peminat, akhirnya Fattah dan Fazura berkongsi foto mereka sekeluarga bersama puteri kesayangan mereka iaitu Fatima Aisya. Fazura dilihat mendukung Fatima yang mengenakan gaun berenda rona krim dan bertopi dengan warna senada.

Terdahulu, Fazura memberitahu keputusan mendedahkan wajah puteri kesayangan itu dibuat atas permintaan peminat yang tidak sabar melihat cahaya mata mereka. Dia memilih untuk berkongsi wajah anaknya pada 12 malam kerana tarikh 1 Januari 2021 jatuh pada hari Jumaat dimana anaknya juga lahir pada hari Jumaat.

Makin comel

Seperti dijangka, cahaya mata pasangan ini menjadi perhatian netizen yang sememangnya dinantikan sejak dahulu. Kini puteri kesayangan Fazura dan Fattah sudah berusia 4 bulan. Rata-rata memuji kecomelan wajah pasangan itu yang katanya mirip gabungan mereka berdua. Geram tengok Fatima ini kan?

Ikut muka siapa ini?

Sumber :  fattzuralovelife

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×