berita

Makin Tua Makin ‘Menjadi’ – Duda Warga Emas Terkencing, Bikin Kecoh Dibicara Kes Cabul

October 24th, 2019 | by faris
Kini Trending

Apabila usia semakin lanjut, kebanyakannya akan lebih memfokuskan ke arah amal ibadat dan persiapan menjalani sisa-sisa hidup. Lain pula dengan seorang warga emas di Perak apabila dia mula menunjukkan ‘belang’ sehingga dijatuhkan hukuman penjara.

Terkencing, buat hal di kandang

Harian Metro melaporkan duda warga emas, Zawari Osman dituduh memeluk, meraba dan mencium mangsa yang juga seorang warga emas.

Menurut fakta kes, tertuduh dikatakan menceroboh rumah ketika mangsa sedang berbaring di atas katil di ruang tamu sebelum mencabul mangsa. Kejadian berkenaan kemudiannya disedari cucu mangsa. Zawari melarikan diri sehingga mendorong ahli keluarga mangsa membuat laporan polis yang kemudiannya berjaya mencekup tertuduh.

Sebelum prosiding berlangsung, warga emas terbabit turut terkencing di kandang pesalah sehingga pekerja pembersihan mahkamah terpaksa membersihkannya. Ketika pendakwaan berlangsung juga, tertuduh juga ‘buat hal’ apabila tidak mahu berdiri dan cuba memanjat kandang sehingga ditegur majistret.

Cabul mangsa di rumah

Zawari dituduh memeluk, meraba dan mencium mangsa yang ketika itu sedang berbaring di atas katil di ruang tamu di rumah mangsa di Kampung Karai, Enggor, Perak.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada Selasa kira-kira jam 8.30 pagi. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Kesalahan sama kedua

Zawari mengaku bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob. Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Zawari kerana perbuatan terkutuk berkenaan adalah kesalahan sama kali kedua dilakukannya dan mangsa terbabit adalah warga emas.

Norhabsarina kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun bermula hari ini selepas mengambil kira kesalahan sama pernah tertuduh lakukan dua tahun lalu terhadap seorang wanita juga warga emas berusia 65 tahun.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×