berita

Makna Tak Sesuai, Natasha Hudson Tukar Nama Anak

July 1st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Bayi Natasha Hudson 11

Umum tahu pelakon dan model terkenal, Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31 baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada 22 April lalu.

Artikel Berkaitan :

Pada awalnya Natasha dan suami, Carleed telah memilih nama indah buat bayi comelnya itu sebagai Naeema Taqiyyah yang membawa maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertaqwa.

Akan tetapi setelah mengetahui Taqiyyah turut mempunyai maksud kurang elok, sehingga ia melibatkan pengikut ajaran Syiah, Natasha telah mengambil keputusan untuk menukar nama bayinya kepada Naeema Kalila.

Nama baby Natasha Hudson

Bayi Natasha Hudson 1

Naeema diawal usia tujuh hari

Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik pelakon jelita ini, terdapat juga peminat yang perihatin dan peka terhadap nama bayi comel tersebut sehingga bertanyakan hal berkaitan kepada Natasha.

Menurut aktres tersebut, pada awalnya dia juga tidak tahu Taqiyyah turut mempunyai makna lain, sehingga dia menyertai sebuah majlis usrah. Setelah mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif mengenai soal agama, Natasha serta suami bersepakat untuk menukar nama puterinya itu kepada nama yang lebih elok dan sesuai.

Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah.

Natasha Hudson copy

Untuk makluman, Natasha Hudson dan Carleed Khaza telah bernikah pada April 2012 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat pelakon wanita tersebut. Hasil perkahwinan dahulu, Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.

Berikut OHBULAN! selitkan juga beberapa foto comel Naeema Kalila untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Natasha Hudson

SKIP THIS AD ×