“Berkhemah, berkhemah, berkhemah bersama Si Nopal, Si Nopal, Si nopal, anaknya Bahenol..” Itulah bait-bait lirik lagu kartun animasi ‘Si Nopal’ yang bermain dibibir-bibir masyarakat ketika ini. ‘Si Nopal’ karakter kartun animasi dari Indonesia itu kelihatan lucu dengan suaranya comel sehingga menjadi trending di media sosial.
Tapi, disebalik kelucuannya, ada segelintir masyarakat yang mempersoalkan maksud disebalik perkataan ‘Bahenol’ dalam bait lagu kartun tersebut. Apa sebenarnya maksud disebalik perkataan ‘Bahenol’ ini?
Si Nopal.. Si Nopal..
https://www.instagram.com/p/Bs7y3VshMVW/
Maksud yang kurang baik?
Terdapat beberapa pihak yang menyatakan maksud beberapa perkataan dalam bait lagu seperti ‘Bahenol’ dan ‘Hiya hiya’ adalah maksud yang tidak baik dan kurang sopan.
Pemilik animasi ‘Si Nopal’ jelaskan
Dipetik daripada Instastories pemilik animasi ‘Si Nopal‘, maksud sebenar ‘Bahenol’ dalam video animasi adalah ‘chubby’. Manakala ‘Hiya hiya’ pula bermaksud ‘ketawa’ yang ditiru daripada video di Youtube. Ini bermakna, kedua-dua perkataan ini tidak membawa maksud yang kurang sopan.
Ada maksud yang baik – PU Azman
https://www.instagram.com/p/BtyYgc4BTUX/
Melalui video yang dimuatnaik di Instagramnya, pendakwah terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman telah mengulas mengenai isu disebalik maksud ‘Bahenol’. Menurutnya, maksud ‘Bahenol’ membawa maksud yang positif iaitu ‘bersemangat’ dan bertubuh gempal.
Baginya, maksud baik ataupun buruk sesuatu perkataan bergantung kepada konteks penggunaannya dalam sesuatu ayat dan penggunaannya dalam sesuatu budaya mahupun bangsa. Ini bermakna, mungkin disebabkan perbezaan dialek dan lingua Indonesia dan Malaysia membuatkan masyarakat kita keliru dengan maksud perkataan tersebut.