berita

[VIDEO] ‘Maggi Saya Bahagi Dua Untuk Breakfast & Dinner’ – Amir Ahnaf Kongsi Perjalanan Sukar Harungi PKP

April 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon, Amir Ahnaf mendedahkan dirinya berdepan situasi sukar ketika negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.

Artikel berkaitan: Tulis 100 Sebab Minat Amir Ahnaf Di Twitter, Netizen Dakwa Peminat ‘Misteri’ Terlalu Obses

Artikel berkaitan: ‘Kami Brotherhood, Nak Buang Stigma Dalam Kalangan Lelaki’ – Naim Daniel

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘MasyaAllah Cinta Hati Kita’ – Netizen ‘Cair’ Dengar Suara Amir Ahnaf Baca Ayat Kursi

Maggi patah dua

Menerusi sepotong video yang tular di laman TikTok, Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf  Mohd Khairudin, 23, berkata meskipun situasi tersebut sukar dilalui, namun dia memandang dari sudut positif dan menyifatkan hal itu sebagai takdir untuk dirinya.

Saya habiskan PKP seorang diri. Saya rasa saya lalui sahaja, memang mungkin takdir hidup begitu. Supaya bila saya sudah dewasa nanti saya faham.

Saya masih mencari apa yang sepatutnya saya faham, tak tahu lagi. Mungkin lagi lima tahun baru saya faham kenapa hidup saya sedemikian.

Amir berkongsi mengenai perkara itu ketika dia menjadi tetamu dalam sebuah program pod cast yang dikendalikan oleh pelakon dan pengacara, Amelia Henderson berjudul Studio Sembang.

Bertambah runtun lagi, apabila anak kelahiran Terengganu itu mendedahkan dia terpaksa membahagikan mi segera kepada dua kerana tiada wang untuk membeli makanan ketika itu.

Tiada duit, makan maggi tiada hal. Maggi itu saya patahkan dua, satu breakfast dan satu dinner. Itulah kehidupan Amir Ahnaf dulu ya, saya bangga dengan diri saya yang dulu.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya merasa sebak dengan perkongsian aktor tersebut. Bagaimanapun, warganet berbangga dengan kejayaan yang dikecapi Amir ketika ini selain memuji sifatnya yang kuat mengharungi ujian tersebut.

Video

@unstableaffv we were so excited to become and adult but look at us now¿ #amirahnaf #amirahnaff #studiosembang #ameliahenderson #amirahnaffedit #fyp #fyp? #projekhighcouncil #foryou #sad #fyp??viral #tiktokmalaysia #podcastmalaysia @Amir Ahnaf ? cry – favsoundds

SKIP THIS AD ×