berita

Malaysia Airlines Tawar 13 Ribu Pekerja Cuti 3 Bulan Tanpa Gaji Ekoran Covid-19

March 12th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jumlah kes yang melibatkan wabak Covid-19 semakin hari semakin meningkat naik. Oleh sebab itu perkhidmatan penerbangan menjadi kurang permintaan dan telah mengakibatkan beberapa syarikat penerbangan mengalami kerugian. Syarikat gergasi penerbangan Malaysia, Malaysia Airline Berhad (MAB) antara yang terkesan akibat wabak Covid-19 ini. Hal ini MAB terpaksa menawarkan kakitangannya untuk mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela.

Cuti 3 bulan tanpa gaji

Menurut laporan Free Malaysia Today, tujuan MAB melakukan perkara sedemikian adalah untuk menangani impak kewangan angkara wabak Covid-19. MAB turut menawarkan kesemua 13 ribu pekerja untuk membuat pilihan sama ada mengambil cuti tiga bulan tanpa gaji atau cuti lima hari tidak berbayar setiap bulan selama tiga bulan bermula pada bulan April ini.

Tawar kepada anak syarikat lain

Selain itu, pihak MAB turut menawarkan program cuti secara sukarela ini kepada pekerja lain dalam kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), termasuk MAB Kargo, MAB Engineering, Firefly dan MASwings. Langkah yang sama ini turut diguna pakai oleh syarikat penerbangan antarabangsa lain termasuk Singapore Airlines, Cathay Pacific and British Airways.

Malindo Air turut lakukan benda sama

Sebelum ini Berita Harian melaporkan bahawa syarikat penerbangan Malindo Air telah mengarahkan kakitangannya untuk mengambil cuti dua minggu tanpa gaji dan potongan gaji sebanyak 50 peratus susulan penularan wabak Covid-19. Hal ini kerana wabak tersebut telah menjejaskan permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan.

Sumber: Free Malaysia Today, Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×