berita

‘Malaysia Menang Aku Bank In RM5 Sorang’ – Cabar Warganet, Lebih 14K Netizen Tuntut Hak

November 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Aksi perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia 2023 antara pasukan negara menentang pasukan dari Thailand sungguh mendebarkan. Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan jaringan 0-1 pada awal minit ke 7 dan menamatkan saingan dengan keputusan 2-1. Tahniah Harimau Malaya.

Sebelum wisel perlawanan ditiup, seorang pengguna Twitter, Apiksaitama mencabar warga Twitter dengan menyatakan bahawa sekiranya pasukan Malaysia berjaya menewaskan Thailand. Dia akan memberi ganjaran wang berniali RM5 kepada setiap individu yang retweet tweetnya.

Malaysia menang aku bank in RM5 sorang

Dia begitu yakin akan pasukan Malaysia akan kalah berdepan Thailand sehingga menyeru warganet berdoa akan kemenangan milik Malaysia jika inginkan ganjaran tersebut. Bak kata pepatah ‘telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya’. Selepas keputusan penuh perlawanan, dia diserang netizen untuk menuntut apa yang dicabar olehnya.

Alasan tak munasabah

Secara tiba-tiba dia mengatakan bahawa akaun miliknya digodam pihak yang tidak bertanggungjawab. Alasan ini diguna pakai untuk melarikan diri dengan cabaran yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

Tak masuk syurga sebab hutang RM5

Namun, sehingga ke saat ini, tiada bukti transaksi penerimaan dari netizen. Netizen mengecam tindakannya itu sehingga menyatakan bahawa perkara ini boleh dikira sebagai hutang di dunia dan bakal dituntun di akhirat kelak.

Netizen tuntut hak

Sumber: Apiksaitama

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!