berita

‘Malaysia Mesti Ada Buat Benda Tak Baik Ni’ – ‘Pendirian’ Zed Zaidi Tentang Koronavirus Dikecam Netizen

January 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Penularan wabak koronavirus di Malaysia telah menimbulkan rasa risau dan kurang senang dalam kalangan rakyat negara ini. Meskipun begitu, dapat dilihat banyak penyebaran maklumat palsu dan tidak tepat dilakukan individu tertentu bagi menambah rasa panik kepada masyarakat.

Terbaru, Presiden Seniman, Zed Zaidi telah dikecam teruk oleh netizen di laman Twitternya selepas memuat naik satu status berkaitan wabak koronavirus yang kini telah tersebar di Malaysia. Status tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen malah mereka menganggap selebriti itu menyebarkan maklumat palsu dan tidak tepat.

Mesti Malaysia ada buat benda tak baik

Menerusi status yang dimuat naik bekas pelakon drama Sembilu itu, Zed menyatakan bahawa situasi di negara ini juga sudah tidak selamat apabila rakyat Malaysia terpaksa memakai penutup muka sepanjang masa bagi mengelak dari dijangkiti influenza dan wabak koronavirus ketika ini.

Dia juga seolah-olah mengatakan bahawa Malaysia telah membuat sesuatu perkara yang tidak baik sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit di negara ini.

Tidak terhenti di situ sahaja, di dalam tweet yang dibuat olehnya itu, Zed juga turut menyertakan foto mengenai ‘berita’ kononnya hanya Malaysia yang tidak menghalang kemasukan rakyat China ke negara ini berbanding kebanyakan negara luar lain.

Pertikaian timbul dalam kalangan netizen apabila mereka menyifatkan bahawa berita tersebut adalah palsu dan telah diedit menggunakan satu aplikasi.

Netizen ‘ajar’ Zed

Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tweet yang dibuat selebriti itu sambil turut meminta agar dia segera memadam posting tersebut kerana tidak sahih dan mencemarkan kredibilitinya sebagai artis dan presiden Seniman.

Sumber: Twitter Zed Zaidi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×