Drama Nur musim kedua yang mula ditayangkan di kaca televisyen sejak minggu lalu pantas meniti di bibir peminat drama tanah air. Kisah yang memaparkan tentang dunia pelacuran penuh dengan pengajaran ini trending hampir setiap hari di laman Twitter.
Namun, ada dalam kalangan penonton yang nampaknya kurang senang dengan adegan yang dipaparkan dalam drama tersebut. Dakwa mereka ada beberapa adegan yang dikatakan keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Pengarah Nur, Shahrulezad Mohammeddin tampil menjelaskan perkara itu.
Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak
https://www.instagram.com/p/BwBIP_uASPi/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=2yxku0kvqvma
Menurut Shahrulezad menerusi Instagramnya, drama Nur 2 kali ini telah diklasifikasikan kepada PG13 dan bukanlah klasifikasi U seperti drama Nur sebelum ini. Hal ini kerana, drama Nur 2 yang berkisahkan dunia pelacuran itu ada memaparkan beberapa babak ‘daring‘ yang tidak sesuai untuk ditontoni oleh kanak-kanak.
Selain itu, dia juga menyatakan bahawa drama ini boleh dijadikan sebagai bahan didikan kepada golongan remaja mengenai sex education dan sebagainya.
Pengarah muda itu juga menegaskan kepada semua ibu bapa agar sentiasa bertanggungjawab memantau dan mengawal setiap isi kandungan dalam televisyen. Dia juga berpesan kepada sesiapa sahaja yang berasa tidak selesa dengan adegan watak-watak dalam drama Nur 2 supaya tidak teruskan menonton.
‘Anak akak darjah 1 jadi penunggu tv..’
‘Anak saya umur 10 tahun..’
Pukul 10 bebudak patut tidur
Sumber: Budakijat