Biarpun baru 10 hari berada di bulan Ramadan namun usahawan yang menjual koleksi baju raya sudah rancak mempromosikan koleksi jenama sendiri. Dalam sibuk mencari rezeki, ada perkara sensitif yang terlepas pandang sehinggakan pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun bersuara.
Artikel Berkaitan: Bimbang Dengan Fenomena Konsert Justin Bieber, Ustazah Asma’ Mohon Ibu Bapa Halang Anak Pergi Ke Tempat Maksiat
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sedih Dikecam & Dihina’ – Ustazah Asma’ Dedah Ibu Bapa Paling Bersuara, Beri Peringatan Konsert Justin Bieber Langkah Pertama Zina
Segan tengok!
Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ tampil meluahkan rasa malu melihat pemakaian segelintir wanita bertudung ketika menjadi model.
Kata Ustazah Asma’, gambar dan video yang memaparkan pakaian ketat itu boleh menimbulkan rasa menggiurkan dan secara tak langsung menjatuhkan imej wanita yang berhijab.
Segan sungguh melihat ramainya model iklan baju raya seksi pakai ketat menampakkan lekuk badan walaupun bertudung dengan gambar dan video yang menggiurkan.
Tambahnya lagi, sepatutnya umat Islam menghormati bulan Ramadan ini dan tidak terlalu leka mengejar duniawi sehinggakan mengabaikan ajaran agama.
Hormatlah bulan mulia ni, jangan langgar larangan Allah demi habuan dunia!
Terima kasih bagi teguran
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran Ustazah Asma’. Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat lebih 33,000 tanda suka (likes) dan 700 komen.
Sumber: Facebook @ustazahasmaharun