berita

Mana Ada Masa Untuk Saya Bercinta – Yana Samsudin

January 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Yana Samsudin

“Tengok pada jadual kerja, mana ada masa untuk saya bercinta? Selepas ini, siapalah pula agaknya yang akan dikhabarkan sebagai kekasih saya?”

Itulah yang diakui sendiri oleh Yana Samsudin menerusi sebuah tabloid tempatan. Pelakon berbakat serta mampu membawa apa saja jenis watak yang diberi ini turut menepis dakwaan mengatakan dia dan adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari, bercinta.

Pelakon berusi 28 tahun ini sudah lali dengan gosip-gosip cinta dan turut menjelaskan bahawa dia tiada masa untuk bercinta serta memberitahu bahawa dirinya masih ‘single’.

“Sekarang ini, hendak bercuti pun tak ada masa. Saya cuma dapat cuti sebulan pada Oktober lalu. Saya memang sibuk dengan lakonan. Selepas berlakon drama arahan Rashid Sibir ini, saya akan sibuk dengan promosi filem pula.”

Yana Samsudin bakal muncul dengan beberapa filem lakonannya pada tahun ini termasuklah “Wawa Semput”.

Bila agaknya Yana akan berjumpa dengan teman hati ya?

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×