Viral di Whatsapp berkenaan pertandingan tidur dalam kubur yang menawarkan hadiah pertama sebanyak RM5000 berserta pakej umrah. Pertandingan yang dijangka berlangsung pada 23 Mac di kawasan perkuburan Ulu Langat itu menarik minat orang ramai. Hanya perlu tidur dalam kubur selama 8 jam bermula malam sehingga subuh, peserta yang bertahan layak menerima hadiah yang ditawarkan.
Namun, menerusi Facebook Julie Christine Martin mendakwa pihak yang menganjurkan pertandingan berkenaan silap meletak nombor telefon sehinggakan dia menerima lebih 500 pertanyaan di Whatsapp.
Jangan ganggu saya
Dia hanya seorang pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan tidak terlibat dalam penganjuran pertandingan itu. Dia berharap orang ramai tidak terus menghubunginya untuk bertanya tentang pertandingan itu.
Laporan polis telah dibuat
Dia telah membuat satu laporan polis untuk menafikan yang dia terlibat dengan penganjuran pertandingan itu. Orang ramai dinasihatkan supaya memadam dan berhenti menyebarkan Whatsapp berkenaan pertandingan itu.
Antara pertanyaan yang diterima
Pertanyaan yang diterimanya berkenaan pertandingan itu daripada salah seorang orang yang berminat dengan pertandingan itu. Whatsapp tersebut menyatakan bahawa hadiah utama pertandingan itu bernilai RM5000 berserta pakej umrah.
Komen netizen
Sumber: Julie Christine Martin